Aku hanyalah seorang pengembara yang singgah sebentar diperhentian dunia..setiap yang disusun tiada yang aneh mahupun menganggu rasa..hanya berhenti seketika untuk mencoretkan tinta..hanya ada ketika, terulit kenangan lama yang merasuk jiwa..ingatan yang tiba-tiba berkaca...
Wednesday, February 3, 2010
cinta dan persahabatan...
Cinta dan persahabatan….jika aku diberi pilihan diantara keduanya…entahlah,aku sendiri pun tidak mampu untuk memilih…kedua-duanya penting bagiku….kedua-duanya ku sayang… seorang sahabat ku pernah berkata,dia rela memilih persahabatan daripada cinta kerana baginya persahabatan jauh lebih bernilai dan hubungan persahabatan tidak akan putus sampai bila-bila…ya..aku setuju dengan pendapatnya….tapi bagaimana pula halnya jika kita jatuh cinta dengan sahabat kita sendiri…yang mana harus kita pilih…sahabat ataupun cinta…kerana kita tahu…cinta…bukan sesuatu yang kita boleh paksa…datangnya cinta dalam diri kita tanpa diundang dan mustahil kita dapat melupakan cinta dalam sekelip mata…entahlah..aku sendiri sebenarnya kurang pasti….masing-masing mempunyai pandangan sendiri….segelintir dari kita hanya menyedari kita jatuh cinta setelah kita kehilangannya…… bagiku,pendekatan terbaik yang dapat ku ambil adalah dengan berdiam diri…sukar sebenarnya apabila kita telah jatuh hati dengan sahabat kita sendiri…..apatahlagi sahabat yang paling dekat dengan kita..kadangkala kita terpaksa berperang dengan perasaan sendiri apabila berhadapan dengannya…dan yang paling menyakitkan adalah apabila kita mengetahui adanya insan lain yang dia cintai dalam hidupnya…..betapa sakitnya menahan perasaan itu tidak terungkap dengan kata-kata….sehinggakan kita merasakan bahawa betapa tidak adilnya hidup ini…kenapa ini yang ditakdirkan kepada kita…..namun,aku percaya…walaubagaimanapun sakitnya perasaan itu,jika kita percaya itu adalah takdir dari Yang Esa,itu yang terbaik untuk kita…maka,kita akan dapat menghadapinya dengan reda……kembali kepada Tuhan jika kita berasa kehilangan dan kesedihan dan jiwa kita akan menjadi lebih tenang..percayalah bahawa setiap apa yang berlaku kepada diri kita terkandung seribu hikmah tidak kita sedari…dan,aku juga percaya,perkara yang paling menarik,yang paling indah dalam kehidupan adakalanya tidak dapat disentuh,waima dizahirkan melalui kata-kata…tetapi kita dapat merasainya di dalam hati….bagiku, cukuplah sekadar kita dapat merasai kehadirannya didalam hati kerana mencintai tidak semestinya memiliki…itu satu yang aku pasti…..cinta membuatkan kita ketawa,cinta boleh buat kita tersenyum…tetapi,cinta juga boleh membuat kita menangis….kepada yang sedang bercinta,cinta tak semestinya bersatu,apatahlagi cinta pertama…….tenanglah hati dalam menempuhi semuanya…..redhakanlah segala yang berlaku….. insyaAllah cinta dan kebahagiaan itu akan jadi milik kita……..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment